Indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun namun persepsi masyarakat terhadap kejayaan penurunan indeks itu tidak meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kadar jenayah telah berkurangan antara 4.2 peratus hingga 12.6 peratus dari 2011 hingga tahun lepas tetapi persepsi tidak meningkat kerana wujud prasangka terhadap pihak polis.
"Ada antara kita tidak mahu mengakui hakikat bahawa pihak polis telah menjalankan tugas dan pada waktu yang sama ada sesetengah media tidak mahu mengakui hakikat dan pencapaian ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Chia Song Cheng pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.
Chia ingin tahu statistik kadar kes jenayah seluruh negara dan usaha kementerian mengubah persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejayaan penurunan ini hasil program penurunan kadar jenayah yang dilakukan Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai pendekatan termasuk soal pencegahan, pembanterasan dan pendakwaaan.
"PDRM sentiasa berusaha untuk mengurangkan peratusan indeks jenayah ini dan komited untuk bekerjasama dengan seluruh agensi penguatkuasaan dalam menjayakannya," katanya kepada soalan tambahan Senator Datuk Megat Zulkarnain Wan Omardin mengenai peranan media massa yang memaparkan berita negatif mengenai keselamatan negara, Ahmad Zahid berkata berita negatif yang ditimbulkan itu tidak mustahil disertai dengan niat yang tidak baik.
"Meskipun berbeza pendapat, sesuatu fakta itu hendaklah diakui kebenarannya. Saya melihat situasi ini seperti mempolitikkan sesuatu yang ditolak sebagai fakta. Perkara sebegini perlu ditentukan oleh masyarakat sendiri untuk membuat penilaian yang objektif," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Zahid berkata pelbagai langkah diambil dalam menangani kes jenayah termasuk memodenkan usahapencegahan jenayah, menambah aset dan peralatan dengan meletakkan kamera litar tertutup yang berteknologi tinggi di kawasan berisiko selain kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2016
AHMAD ZAHID: PDRM sentiasa berusaha untuk mengurangkan peratusan indeks jenayah ini dan komited untuk bekerjasama dengan seluruh agensi penguatkuasaan dalam menjayakannya. - Gambar fail
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Indeks jenayah seluruh negara menurun 2.7 peratus untuk 2016
Kadar indeks jenayah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 mencatatkan penurunan 2.7 peratus.